Saingan Daripada Pelabur Asing

Persaingan dari pelabur asing dapat dilihat melalui Aspek Politik, Ekonomi dan Sosial

Aspek Politik

Cabaran dari aspek politik merupakan masalah utama dalam perlaksanaan Sistem Dinar Emas. Keadaan ini berlaku disebabkan rasuah politik dari negara Barat. Negara Barat yang terkenal dengan caturan politiknya adalah negara Amerika Syarikat di mana Amerika Syarikat memberi bantuan dan pinjaman kepada negara-negara Arab dan seterusnya membelenggu kebebasan negara-negara Arab tersebut. Sikap para pemimpin Arab yang terlalu tamak dengan kuasa dan material mengakibatkan dunia Islam sukar membuat keputusan untuk kepentingan bersama.

Negara Mesir merupakan satu contoh di mana Amerika Syarikat telah berjaya melunturkan negara yang dianggap penting dalam Liga Arab hanya dengan bantuan sebanyak AS$2 bilion setiap tahun. Sungguhpun bangsa Arab dikebalkan dengan sifat degil tetapi perasaan takut kehilangan kuasa dan kekayaan mengatasi segala-galanya. Pemimpin-pemimpin negara Arab Saudi, Mesir, Qatar, Kuwait, Jordan dan Maghribi adalah penyokong kuat AS. Mereka menjadi masalah kepada umat Islam terutama dalam membuat keputusan.

Kita harus membebaskan diri dari cengkaman AS. Seperti yang diketahui, AS adalah negara yang banyak mencatur politik dunia. Pemimpin-pemimpin negara Arab perlu membebaskan diri dari rasuah politik kerana ia adalah kesenangan yang bersifat sementara. Sejarah telah membuktikan sekatan ekonomi AS telah memajukan Iran, dan sejarah juga telah membuktikan mereka yang menerima rasuah politik dari Barat hidup dalam kehinaan. Penggunaan Dinar Emas dapat memajukan dan membebaskan ummah dari belenggu kemiskinan


Aspek Ekonomi

Dari aspek ekonomi pula, kita dapat lihat cabaran bagi Sistem Dinar Emas adalah persaingan dengan sistem konvensional yang sedia ada sekarang iaitu Dolar Amerika dan Dolar Euro. Dolar Amerika merupakan mata wang rasmi perdagangan antarabangsa manakala Dolar Euro pula merupakan mata wang rasmi 12 buah negara Eropah iaitu Austria, Belgia, Finland, Perancis, Jerman, Yunani, Ireland, Itali, Luxemburg, Belanda,
Portugal dan Sepanyol yang berjumlah kira-kira 300 juta orang. Sekiranya Dinar Emas digunakan dalam perdagangan antarabangsa, ini secara langsung akan mengurangkan pergantungan kepada Dolar Amerika. Penggunaan Sistem Dinar Emas ini juga dapat mewujudkan peluang-peluang pelaburan antara negara-negara Islam dan kerjasama ekonomi. Penggunaan dinar emas ini dapat memecahkan dominasi dolar Amerika yang menjadi perantara utama perdagangan, pelaburan serta semua urusan sistem kewangan. Setidak-tidaknya di antara negara-negara Islam, kalaupun bukan di peringkat dunia.


Aspek Sosial

Cabaran dari aspek sosial juga turut wujud di dalam perlaksanaan Sistem Emas. Kesatuan seluruh umat Islam merupakan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini. Masyarakat Islam kini gagal untuk membentuk perpaduan di antara mereka. 50 negara Islam ini belum mampu lagi bersatu. Negara-negara Arab masih lagi setia kepada Amerika. Contoh yang dapat diberi di sini adalah negara Arab Saudi. Arab Saudi adalah negara kaya dengan sumber semula jadi dan mempunyai dana yang banyak, malangnya dana itu digunakan untuk mengukuhkan dolar AS. Mereka inilah yang menjadi masalah kepada umat Islam.


Beberapa negara sudah mengorak langkah dimulai dengan Korea Utara yang membeli 25 tan emas, diikuti Thailand 26.3 tan, Russia 48 tan, dan Mexico 26.3 tan. Ini sekaligus menyebabkan harga emas mencecah rekod baru USD1680/per oz.

Malaysia masih lagi kekal dengan rizab emas sebanyak 36.4 tan sejak tahun 1998. Hakikatnya, Malaysia boleh meningkatkan lagi rizab dan memperbanyakkan pelabur di Malaysia.

Dolar Amerika diterima di kebanyakan negara terutama di negara-negara sedang membangunan tetapi harga pasarannya tidak menentu dan berubah-ubah dengan cepat. Ada dakwaan mengatakan mata wang ini dicetak dengan jumlah yang banyak di luar negara Amerika tetapi tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara Amerika sendiri.

Euro Dolar telah dilaksanakan di 21 buah negara ahli Kesatuan Eropah dan setakat ini menampakkan kejayaan untuk menstabilkan harganya.


Disediakan oleh : Intan Norshikin Yusoff
Matrik No.        : GA00687