Kekangan

Kekangan atau halangan pelaburan dinar emas di Malaysia antaranya ialah :
  • Perjanjian perdagangan antarabangsa menghalang penggunaan emas dan perak sebagai mata wang.
  • Kekurangan kemahiran teknikal untuk mementukan nilai emas. Nilai emas juga turun dan naik mengikut harga pasaran semasa. Ada emas palsu dan emas celup yang terdedah kepada unsur-unsur penipuan.
  • Dinar emas mampu menyaingi sistem monetari konvensional.
  • Kononnya dinar emas berat berbanding syiling semasa. Jika jumlah yang banyak, ia mudah terdedah kepada rompakan, dileburkan dan tidak dapat dikesan lagi.
  • Jumlah kepingan dinar emas di dalam pasaran tidak dapat dipastikan kerana banyak bengkel boleh mencairkannya untuk dijadikan barang perhiasan.
  • Dinar emas tidak dapat dibawa keluar negara dan nilainya sukar ditentukan kerana tidak menjadi satu kelaziman di peringkat antarabangsa, jika dibandingkan dengan dolar Amerika.
  • Perkembangan semasa menunjukkan wang kertas dan wang syiling telah diganti dengan cek dan kad kredit dan lain-lain 'wang maya'.
  • Pada peringkat antarabangsa, terdapat 3 faktor penting yang menghalang negara-negara OIC memberikan kerjasama yang berkesan iaitu :
               a) Perbezaan ekonomi antara negara OIC
               b) Pergolakkan politik. Contohnya (tahun 2011) seperti kejatuhan kerajaan Tunisia dan Mesir
                   akibat daripada kebangkitan rakyat yang menentang kerajaan yang tidak telus, zalim dan  
                   sebagainya. Negara Libya yang dilanda peperangan dengan Organisasi Perjanjian Atlantik Utar
                   (NATO). Terkini, pergolakkan telah merebak ke negara Syria dan secara tidak langsung situasi
                   ini memberikan gambaran dan mewujudkan suasana yang tidak stabil kepada anggota-anggota
                   negara OIC.
               c) Kemudahan infrastruktur yang terhad bagi menjalankan sistem pelaburan dinar emas di setiap
                   negara yang terlibat.
  • Penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa masih gagal dilaksana disebabkan masyarakat sudah sebati dengan sistem sedia ada dan sukar untuk menerima mata wang dalam bentuk emas dan perak.

Disediakan oleh : Abdul Nasir Abdul Jalil
Matrik No.        : GA00490