Kebaikan dan Kelebihan Pelaburan Dinar Mas

Pelaburan Dinar Emas banyak menguntungkan dan memberi masa depan yang baik di masa hadapan. Antara sebab mengapa perlu memilih pelaburan dinar emas ialah :-
  • Tiada risiko kehilangan semua wang walaupun nilai pasaran emas sentiasa berubah
  • Kadar pertukaran lebih perlahan dan stabil berbanding dengan pelaburan instrument lain
  • Tidak membawa risiko kredit dan merupakan aset yang selamat
  • Emas lebih cair berbanding aset alternatif lain
  • Emas bukan tanggungan sesiapa
  • Mempunyai rekod jangka panjang yang baik dalam mengekalkan nilai sebenar
  • Selamat dan aset kewangan terjamin
  • Komoditi yang bernilai dan kukuh yang mempunyai potensi untuk nilai yang sentiasa meningkat
  • Digunakan sebagai alat terhadap inflasi
  • Satu objek perhiasan kecantikan yang tiada tandingan
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas
  • Nilai emas tidak tertakluk pada mana-mana sistem kewangan dunia
  • Mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang
  • Pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya
  • Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan pelabur dinar

Disediakan oleh : Norhafizi Harun
Matrik No.       : GA00605