Penggunaan dan Pasaran Dinar Mas di Malaysia

Krisis ekonomi dunia yang berlaku pada tahun 1997 amat memeritkan hampir seluruh dunia. Malaysia juga tidak ketinggalan merasa perit dari krisis tersebut dimana nilai Ringgit Malaysia telah menyusut sebanyak 60%. Tindakan bijak pimpinan negara yang ketika itu dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Muhammad telah mengambil inisiatif penggunaan dinar emas sebagai satu langkah berjaga-jaga untuk tidak terus bergantung kepada wang kertas dan dibelenggu oleh krisis kewangan dunia yang mana mata wang negara dimanipulasikan oleh pihak tertentu.
Selepas kejatuhan kerajaan Turki pada tahun 1915, berakhirlah sudah riwayat penggunaan dinar emas dan perak dalam sistem kewangan dunia. Kemelesetan ekonomi dunia telah memberi kesedaran kepada pemimpin dunia untuk mencari satu altenatif lain bagi mengekang kemerosoton ini. Dinar emas dilihat sebagai satu alternatif terbaik bagi mengatasi permasalah itu walaupun masih belum ramai pemimpin dunia yang mempersetujui untuk menggunakan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa secara meluas.
Tun Dr Mahathir Muhammad telah memperkenalkan penggunaan dinar emas di Malaysia ekoran daripada kemelesetan ekonomi negara 1997. Royal Mint of Malaysia merupakan pengeluar dinar emas pertama di Malaysia yang dilancarkan pada 27 Julai 2003 di Shah Alam, Selangor. Dinar Emas Kelantan pula dirasmikan pada 21 Mei 2006 di bawah kendalian Kelantan Golden Trade. Kemudiannya Dinar Emas Public Gold yang dikeluarkan pada November 2008 oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd.
Peringkat permulaan, Tun Mahathir menjalankan penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa melalui Sistem Pembayaran Dua Hala (BPA) dan Pelbagai Hala  (MPA). Sistem BPA ini dianggap praktikal untuk dilaksanakan dengan menggunakan dinar emas kerana ia menguruskan transaksi dalam skala besar  antara pengeksport dan pengimport. Barang-barang yang diimport oleh pengimport akan dijual dalam negara kepada pengguna akhir. Seterusnya pemborong dan peruncit boleh membeli daripada pengimport ini dan mereka tidak berurusan menggunakan mata wang emas tapi dalam mata wang tempatan sebelum barangan tersebut diedar kepada pengguna.
E-dinar ialah satu system pembayaran dan pertukaran elektronik menerusi internet. Ia beroperasi dalam e-dagang yang mana urusan jualbeli online dilakukan dalam nilai emas dan perak. E-dinar ini disokong oleh 100 % emas dan perak fizikal.  Fizikal emas dan perak yang menyokong unit-unit e-dinar dan e-dirham ini akan sentiasa sama nilai atau lebih daripada unit-unit e-dinar dan e-dirham  dalam edaran. Setiap unit elektronik e-dinar bersamaan dengan berat tepat dan tetap 4.25 gram emas tulen 24k.
Inovasi baru penggunaan dinar emas ini adalah untuk mengelakkan pegangan emas ke merata tempat dan sekali gus untuk kemudahan dan keselamatan pengguna. Sistem kad seperti kad debit dan kad kredit juga akan diserapkan ke dalam sistem pembayaran elektronik gold dinar ini.Pemegang akaun e-money sememangnya boleh menukarkan nilai dalam bentuk emas.
Sekiranya penggunaan e-dinar dalam e-commerce mendapat sambutan umum, maka tidak mustahil sistem pembayaran elektronik yang menggunakan emas sebagai dinuminasi mata wang akan menjadi realiti dalam sistem perdagangan antarabangsa.
Selain itu, pengenalan kepada sistem web dinar juga membangunkan lagi penggunaan dinar emas ini. Web dinar ialah satu sistem perdagangan online yang menggunakan nilai dinar emas dalam transaksi pembayaran. Matlamat utama pembangunan sistem ini adalah untuk mewujudkan satu sistem perdagangan secara online yang mengikut prinsip syariah dengan mempromosikan penggunaan mata wang Islam iaitu dinar emas sebagai satu transaksi yang halal.
Dinar emas juga digunakan dalam pembayaran zakat , menunaikan haji dan digunakan juga sebagai hantaran perkahwinan. Kenaikan emas dunia untuk tempoh 10 tahun menunjukkan kenaikan pada kadar 375.66 % atau secara puratanya sebanyak 37.57 % sebulan. Ini jelas menunjukkan pelaburan dinar emas adalah pelaburan terbaik yang mana dinar emas menyimpan nilai yang sangat baik untuk masa hadapan.

Terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk tujuan pelaburan di Malaysia iaitu :
  1. Maybank - Syilling Kijang Emas
  2. UOB Bank - Syilling Emas dan Jongkong Emas
  3. Rangkaian Gempur Emas - Wafer Gold, Bargold, dan Dinar
  4. Goldcrest Pavillion Sdn Bhd - Bargold, Castbar, Dinar 999, dan Rantai Emas 999
  5. Kelantan Gold Trade - Dinar dan Dirham
  6. Kedai Emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya - Jongkong Emas

Disediakan oleh : Norsyaridah Hasan
Matrik No.       : GA00616