Kesimpulan

Dinar emas adalah matawang komoditi yang mempunyai nilai intrinsik. Yang dimaksudkan dengan nilai intrinsik adalah barang tersebut mempunyai kualiti, berguna, dan diterima umum sebagai barang bernilai. Dinar emas juga dikenali sebagai IGD (ringkasan ini membawa erti Islamic Gold Dinar atau International Gold Dinar). Di negara kita wang dinar emas ini ditempa atau dicetak oleh Royal Mint Sdn Bhd (RMSB), Islamic Mint Sdn Bhd (IMSB) dan Kelantan Gold Trade Sdn Bhd. Kesemua syarikat-syarikat ini mengeluarkan dinar emas mengikut ukuran berat yang sama dengan rekabentuk yang berbeza. Pengeluar juga mempunyai kaedah pengedaran masing-masing dengan pendekatan yang berbeza.
 
"Sistem dinar Islam yang pernah mendominasi ekonomi dunia berabad-abad silam itu, adalah satu-satunya cara untuk melawan hegemoni kekuatan sistem kapitalis," inilah penjelasan yang diberikan oleh Umar Pasha kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan dilaporkan oleh akhbar NST. Menyedari akan kuasa hagemoni dunia sekarang ini yang terus mencengkam dunia melalui sistem demokrasi dan kapitalismenya, sudah tentu kehancuranya dinantikan dunia dan yang akan menggantikan sistem ini nanti adalah sistem wang dinar dan dirham.
D
inar emas kembali untuk kekal menggantikan sistem wang berasaskan riba ini. Dinar emas akan dikembalikan secara berperingkat-peringkat dengan cara meningkatkan fungsi wang dinar dan dirham dalam kehidupan masyarakat. Penggunaan dinar dan dirham tidak seharusnya bergantung pada proses politik sesebuah negara, tetapi digerakkan oleh komuniti orang yang menggunakannya.

Usaha mengembalikan dinar dan dirham bukan satu impian. Malah dalam satu temuramah dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdan Menteri menegaskan bahawa usaha memperkenalkan dan mengembalikan dinar emas bukan suatu impian, sebaliknya suatu yang sangat praktikal dan mampu untuk menjadikan dinar emas sebagai wang perdagangan antarabangsa kerana dinar diperbuat daripada emas dan bukan kertas.

Sistem kewangan yang ada sekarang boleh dibaratkan melakukan kecurian wang kita dengan membenarkan sistem menyusut nilai tanpa mempersoalkannya langsung. Umat Islam akan mula dapat melihat akan pentingnya DINAR EMAS ini. Riba itu susah kerana bahana dosanya susah. Mulai sekarang kita akan berfikiran bahwa sistem kewangan yang ada itu nampak sahaja besar, tetapi sebenarnya kebesarannya adalah diatas kepercayaan yang diberikan kepadanya sahaja.

Kejayaan untuk mengembalikan DINAR EMAS ini terletak pada tangan umat Islam seluruhnya, ianya bukan terletak ditangan ahli politik tertentu, bukan ditangan institusi kewangan. Ianya tanggungjawab kita semua. Kita kena ubah pemikiran kita, pemikiran berkisar pada teori ekonomi tidak akan dapat membebaskan kita sebaliknya akan memeningkan lagi. Perubahan pemikiran akan membawa kita kepada kesedaran akan pentingnya usaha ini dan kita juga harus sedar bahawa persoal dan halangan yang kita rasakan ada itu sebenarnya datang dari diri kita sendiri.
Usaha ke arah mengembalikan DINAR EMAS ini tidak akan mantap dan berkesan sekiranya tidak disertakan dengan memasukkan ke dalam sistem pendidikan. Malah sudah menjadi pengetahuan umum bahawa untuk masyarakat menerima pengislaman bank ianya dimulakan dengan pengislaman ilmu. Ilmu matematik hendak di islamkan, ilmu fizik dan kimia juga di islamkan. Oleh itu, program seminar, bengkel dan ceramah umum seharusnya diberikan kepada seluruh umat manusia supaya mereka sedar akan pentingnya mengembalikan DINAR EMAS untuk mengelakkan  riba. Pihak berkuasa dan badan seperti WITO, WIM (World Islamic Mint), OIC dan IKIM (Institut Kemahiran Islam Malaysia) seharusnya memainkan peranan ini). Di peringkat universiti pula kursus diperingkat sijil atau diploma dapat dibentuk dan bagi mendalami lagi bidang ini kajian di peringkat ijazah kedoktoran boleh dibangunkan.

Kunci kejayaan pengenalan dinar emas Islam ini terletak pada penbentukan ekonomi baru, kekayaan yang dijanakan melalui perkembangan perdagangan secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Pengenalan DINAR EMAS mesti dikaitkan secara langsung dengan pembangunan atau terbentuknya Perdagangan Islam. Ia perlu dimulakan dengan umat Islam memiliki dinar emas dan juga adanya tempat dimana dinar emas boleh digunakan. Walaupun sebagai permulaan, ianya digunakan sebagai pembayaran zakat, simpanan, hadiah dan mas kawin, seterusnya penggunaan sehariaan mestilah digalakkan. DINAR EMAS berkait rapat dengan institusi perdagangan dan tidak boleh dibiarkan pada sistem perbankan atau institusi kewangan konvesyenal sekarang yang akhirnya mungkin hanya mengecilkan peranannya. Kita tidak mahu perkaran ini tersalah dilaksanakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mungkin hanya akan menggagalkannya. Dari satu segi, kita nampak seolahnya ia bertentangan dengan sistem perbankan, tetapi pengenalan sistem ini akan mengembalikan peranan asal institusi bank sebagai pusat penyimpanan dan penjagaan keselamatan DINAR EMAS itu sendiri. Kerjasama dari pihak bank ketika ini begitu penting bagi memastikan kerharmonian pengenalan sistem DINAR EMAS sebagai sistem alternatif bagi menggantikan kebergantungan kepada USD untuk urusan perdagangan antarabangsa.

Perdagangan Islam akan menjana ekonomi baru, kekayaan baru daripada perkembangan perdagangan itu sendiri, baik dalam bentuk kuantiti mahupun kualiti. Oleh itu, pengenalan DINAR EMAS tidak akan bersaing dengan ekonomi dan kekayaan yang sedia ada tetapi akan menjana ekonomi yang baru atau ekonomi alternatif.

Pelaksanaan DINAR EMAS akan memberi tawaran pilihan kepada masyarakat untuk memilih DINAR EMAS atau sistem yang sedia dan bukan sesuatu yang dipaksa oleh undang-undang terhadap penggunaanya. DINAR EMAS dan sistem DINAR EMAS seharusnya dibangunkan selari dengan polisi untuk mengembangkan perdagangan Islam. Usaha seharusnya bergerak secara beransur-ansur mengantikan pasaran dengan kesudahannya sebagai suatu kemudahan kepada masyarakat dan bukan suatu paksaan. Segala peraturan dan polisi pelaksanaan ini mestilah dibentuk dengan rapi.


Disediakan oleh : Genarthan Nair
Matrik No.        : G71310