
Harga emas dijangka menghampiri 200gram di Malaysia pada masa akan datang, ini menyebabkan ramai pelabur beralih kepada pelaburan emas. Harga pasaran emas dunia telah pun melebihi sasaran USD1,700/per oz pada bulan Ogos dan dijangka akan meningkat lagi. Ini berikutan harga emas yang dipengaruhi oleh pasaran antarabangsa.
Tinggi atau rendahnya nilai wang sesebuah negara amat dipengaruhi oleh jumlah permintaan dan penawaran wang negara tersebut di pasaran antarabangsa. Semakin banyak jumlah permintaan mata wang Ringgit akibat banyaknya pelabur asing melaburkan wangnya di Malaysia misalnya, maka semakin tinggi nilai mata wang Ringgit, dan sebaliknya.
Begitu juga dengan penawaran, semakin tingginya jumlah Ringgit yang beredar di pasaran, sementara permintaan akan rendah, maka nilai Ringgit akan depreciation (menurun), dan sebaliknya. Sebenarnya, inilah yang sedang berlaku di negara-negara yang sedang mengalami krisis. Bukan sahaja pelabur asing, sebaliknya para peniaga dalam negeri pun lebih cenderung membeli Dolar atau mata wang asing yang lain, dengan menjual mata wang negara sendiri di pasaran wang antarabangsa.
Ini juga bermakna, semakin berkurangnya dana asing yang masuk ke negara, ditambah pula dengan larinya dana dalam negeri ke luar negara, sehingga akan mempengaruhi ketersediaan dana yang mencukupi untuk membangunkan ekonomi negara. Perkara ini jelas semakin memburukkan lagi penurunan nilai mata wang negara dan semakin terhadnya dana asing dalam negeri yang tersedia untuk membiayai pembangunan ekonomi, yang pada gilirannya, akan menyebabkan krisis ekonomi berterusan.
Permasalahan di atas sebenarnya tidak akan berlaku jika system ekonomi Islam diamalkan. Hal ini kerana, dalam sistem ekonomi Islam, nilai mata wang tidak akan dipengaruhi oleh perbezaan kadar faedah nyata, kerana ekonomi Islam tidak menghalalkan pengadaptasian ekonomi ribawi.
# Carta Harga Emas Dunia Semasa #
Disediakan oleh : Kartini Zulkifli
Matrik No. : GA00530