Apabila bercerita mengenai pelaburan, rakyat Malaysia sudah sinonim dengan ASB, ASN, ASW, Public Mutual, Akaun Fixed Deposit , Pelaburan Hartanah dan Urusniaga Saham. Namun tidak ramai rakyat Malaysia yang menyedari potensi Pelaburan Emas walhal Emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi.
Sejak dari 6000 tahun dahulu lagi hinggalah zaman sekarang Emas menjadi simbol kekayaan. Emas sememangnya bernilai untuk selama-lamanya , penyimpan nilai yang baik dan tidak boleh dibinasakan. Emas tidak terbakar, tidak reput, tidak berkarat dan sukar diperolehi serta sentiasa bersinar dan cantik. Keistimewaan inilah menyebakan Emas diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai dari dahulu hingga sekarang. Manusia sentiasa tertarik dengan Emas dan mengiktiraf Emas sebagai simbol kekayaan. Sejarah Ketamadunan terkemuka dunia seperti Greek, Rom dan Parsi menggunakan Emas dan Perak sebagai mata wang mereka.
Walaupun dinar emas ini telah lama diperkenalkan di Malaysia, ramai sekali umat Islam di negara kita yang tidak pernah melihatnya. Ramai yang hanya mendengar mengenai dinar emas tetapi tidak pernah melihatnya, ada yang pernah melihatnya tetapi tidak pernah memegangnya dan ramai yang telah memegangnya tetapi tidak pula memilikinya. Inilah keadaan kedudukan dinar emas dinegara kita ini. Ianya merupakan suatu subjek atau objek yang begitu penting diketahui oleh masyarakat tetapi maklumat dan hebahan mengenai dinar emas ini amat berkurangan.
EMAS dikategorikan sebagai pelaburan yang sangat baik untuk jangkamasa SEDERHANA & PANJANG. Ini dapat dibuktikan melalui sejarah, fakta, statistik yang diambil sejak 10 tahun yang lalu.
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia yang di kenali dan diiktiraf oleh pihak berkuasa antaranya:
6. Pembelian barang kemas
Secara konsepnya setiap pelaburan emas yang dibuat akan mendatangkan keuntungan yang tinggi bergantung kepada kebolehan, pengetahuan, ilmu yang kita ketahui berkaitan dengan emas. Produk Emas yang dijual adalah berbentuk Bar dan ianya bermula dengan berat 10g, 20g, 50g, 100g & 250g.
Emas untuk tujuan pelaburan mempunyai kadar Spread (susut nilai) yang jauh lebih rendah berbanding Emas Perhiasan. Sebagai contoh Emas yang dijual oleh Public Gold hanya dikenakan Spread sekitar 4%-8% bergantung kepada beratnya, semakin berat Emas nya maka semakin rendah Spread yang dikenakan dan sebaliknya. Manakala kadar Spread Emas perhiasan pula amat tinggi iaitu sekitar 25%-30%. Kadar Spread yang tinggi akan menyebabkan pulangan yang bakal diraih dari kenaikan semasa harga emas menjadi rendah.
Selain itu, Emas bagi tujuan Pelaburan juga lebih menitikberatkan aspek kandungan ketulenan Emas dan beratnya, berbanding Emas perhiasan lebih menitikberatkan aspek Rekabentuk dan Kehalusan Senireka dan seringkali berlaku situasi dimana Emas perhiasan yang dijual dengan harga Emas berketulenan 916, sebaliknya ketulenan sebenar hanya sekitar 835 dan 750 sahaja.
Disini dapat kita lihat betapa bernilainya emas, bukan sahaja untuk keguanaan, perhiasaan tetapi juga sebagai satu alat pelaburan disaat kita memerlukan.
Sekian, Terima Kasih…..
Disediakan oleh : Sharinatul Iza Binti Mohd Termizi @ Saidi
Matrik No. : GA00653